Assalamualaikum,
Hari ini 27 March
saya akan terangkan Website Google yang telah kawan saya bentangkan iaitu
Mohammad Azlan Bin Salleh .
Google bermula pada Januari 1996 sebagai projek penyelidikan
oleh Larry Page dan Sergey Brin ketika mereka berdua merupakan pelajar PhD di
Universiti Stanford di California.
Ketika sistem gelintir biasa mentakrif hasil dengan mengira
berapa banyak kali istilah carian muncul pada laman, kedua mereka membuat teori
mengenai sistem lebih baik yang menganalisa hubungan antara laman web. Mereka
menggelar teknologi baru ini sebagai PageRank, di mana kepentingan tapak web
ditentukan melalui bilangan laman, dan kepentingan halaman tersebut, yang
dikait kembali kepada tapak asal.
Satu enjin gelintir kecil dikenali sebagai
"RankDex" dari IDD Information Services direka oleh Robin Li yang,
sejak 1996, telahpun mencuba strategi yang sama bagi menilai tapak dan kedudukan
laman. Teknologi dalam RankDex akan dipaten dan kemudiannya digunakan kemudian
apabila Li mengasaskan Baidu di China.
Page dan Brin pada asalnya mengelar enjin gelintar baru
mereka "BackRub", kerana sistem memeriksa pautan balik bagi menilai
kepentingan sesuatu tapak.
Akhirnya, mereka menukar nama kepada Google, berasal dari
salah ejaan bagi perkataan "googol",nombor satu diikuti dengan
seratus sifar, yang dipilih bagi melambangkan bahawa enjin gelintar ingin
memberikan sejumlah besar maklumat bagi penggunannya. Pada asalnya, Google
berjalan di laman web Universiti Stanford, dengan domain google.stanford.edu.
No comments:
Post a Comment