Pages

Monday 30 March 2015

Pengenalan 4Shared

Harini 30 March, saya akan menerangkan Laman Web 4Shared yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Nur Afiqah.

4shared ialah perkhidmatan penyimpanan dan perkongsian fail yang ditubuhkan oleh alex lunkov pada 2005 dan sergey chudnovsky. sekarang ia sudak mempunyai lebih 5juta pengguna, 11 juta lawatan harian dan banyak lagi.
4shared mmbenarkan pengguna-pengguna untuk memuat naik serta memuat turun fail-fail. Pengesahan pendaftaran melalui emel mengembangkan ruang penyimpanan sehingga 15 GB. Pengguna-pengguna Premium akan diberi ruangan 100 GB untuk menyimpan fail-fail.
Selepas Berjaya memuat naik, pengguna akan diberi URL yang unik yang akan membenarkan orang lain untuk muat turun fail. Fail-fail yang telah dimuat naik akan disimpan sehingga pengguna-pengguna memasuki akaun mereka sekurang kurangnya setiap 30 hari atau sekurang-kurangnya satu daripada fail itu dimuat turun setiap 30 hari. Akaun-akaun premium tidak mempunyai tamat tempoh sehingga pengguna meneruskan sebagai pengguna premium.

No comments:

Post a Comment