Thursday, 23 April 2015
Tuesday, 7 April 2015
Pengenalan Google Plus
Assalamualaikum,
Harini 7 April, saya
akan menerangkan Laman Web Google Plus yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Muhammad
Shahril.
Google+ atau Google Plus adalah jejaring sosial yang
dioperasikan oleh Google Inc. Google+ diluncurkan pada 28 Jun 2011 dengan sistem
undangan untuk diuji cuba. Di hari tersebut, pengguna Google+ dimulakan untuk
mengundang pengguna di atas 18 tahun, untuk membuat akaun. Namun, ia segera
dihentikan sehari kemudian setelah pembuatan akaun semakin membeludak.
Google+ mengintegrasikan layanan sosial seperti Google
Profile dan Google Buzz, dan memperkenalkan layanan baru seperti Circles, Hangouts,
Sparks, and Huddles. Google+ juga akan tersedia dengan berbagai aplikasi
desktop dan aplikasi ponsel, tetapi hanya pada Android dan sistem operasi iOS.
Media massa seperti The New York Times telah menyatakan bahwa Google+ adalah
upaya terbesar Google untuk menyaingi jaringan sosial Facebook, yang telah
mempunyai lebih dari 750 juta pengguna pada tahun 2011.
Monday, 6 April 2015
Pengenalan Youtube
Assalamualaikum,
Harini 6 April, saya akan menerangkan Laman Web Youtube yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Ain
Azreen.
YouTube ialah laman perkongsian video yang popular untuk
memuat naik, menonton dan berkongsi petikan video. YouTube kini menjadi satu
bentuk media baharu Web2.0 yang popular. Satu artikel terbaru di Wired
menyatakan bahawa sebanyak 65,000 video dimuat naik dan 100 juta video ditonton
setiap hari di YouTube (Godwin-Jones2007).
Kandungan YouTube boleh merangkumi animasi, rakaman acara
awam, rakaman peribadi rakan-rakan – hampir apa sahaja yang ingin disiarkan –
kecuali kandungan yang menyalahi undang-undang atau yang menjelikkan dan
berbentuk penghinaan. Rakaman video boleh berbentuk informasi, hiburan, pujukan
atau peribadi semata-mata. Sebagai satu aplikasi sosial yang semakin dikenali,
YouTube membolehkan pengguna menyiarkan dan memberikan tag kepada video,
menonton video yang disiarkan oleh orang lain, menyiarkan komen dalam bentuk
perbincanganberangkai, mencari kandungan melalui kata kunci atau kategori, serta membina dan menyertai kumpulan semasa.
YouTube boleh dihubungkan dengan aplikasi blog lain, dan ini memberi pengguna
satu cara pantas untuk membuat blog mengenai sesuatu video dan menyertakan
pautan kepadanya. Pengguna boleh membaca profil individu yang menyiarkan atau
memberikan komen kepada sesuatu video, menonton video kegemaran mereka dan
menghubungi individu tersebut.
Sunday, 5 April 2015
Pengenalan SAPS
Assalamualaikum,
Harini 5 April, saya akan menerangkan Laman Web SAPS yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Intan
Sofea.
Sistem SAPS ini merupakan sistem yang agak baru
diperkenalkan. SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka bagi
menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data
peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.
Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) yang
boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan
pusat data yang berpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak
KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti
kelemahan yang ada untuk diperbaiki.
Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam
meminta data peperiksaan sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras
kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected
Target Result ) dan AR ( Actual Result ).
Saturday, 4 April 2015
Pengenalan Sound Cloud
Assalamualaikum,
Soundcloud adalah sebuah platform distribusi suara
secara online. Ia boleh kolabrasi, promosi dan distribusi oleh rakaman suara.
Laman web ini direka di stokckholm, swedia akan tetapi ia didirikan di berlin,
jerman pada bulan ogos 2007 oleh designer, alex ljung dan pemuzik eric
wahlfross. Secara pereka tersebut mendapat inspirasi bagaimana pemuzik
berkongsi muzik antara mereka. Disebabkan itu, pereka soundcloud membina
website tersbut untuk menggalakkan pemuzik untuk berkongsi muzik mereka dengan
lebih mudah.
Friday, 3 April 2015
Pengenalan Apple Store
Assalamualaikum,
Harini 3 April, saya
akan menerangkan Laman Web Apple Store yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Muhammad
Sharifuddin.
Apple store adalah laman web yang mempunyai maklumat tentang
gadjet berjenama apple dengan terperinci. Selain itu, syarikat apple mempunyai
180 buah kedai menjual barangan runcit berjenama apple di amerika syarikat,
jepun, united kingdom, kanada dan itali. Apple kini menggaji pekerja tetap melebihi 200,000 orang dan pekerja
sampingan di seluruh dunia. Jualan tahunan apple di seluruh dunia pada tahun
2006 ialah a$$19.3 billion
Perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan
komputer peribadi mac dan peranti-peranti perisian, pemain media mudah alih
ipod serta iphone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007.
Thursday, 2 April 2015
Pengenalan Twitter
Assalamualaikum,
Harini 2 April, saya
akan menerangkan Laman Web Twitter yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu
Ain Mohamad.
Twitter adalah perkhidmatan rangkaian sosial yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca mesej yang
dipanggil tweet, iaitu pesanan teks sekurang-kurangnya 140 aksara yang
dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan
penulis yang dikenali sebagai "pengikut" (follower). Penghantar boleh
mengehadkan utusan kepada lingkungan rakan-rakan, ataupun membenarkan capaian
terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna boleh menghantar dan menerima tweet
melalui laman web Twitter, SMS atau mana-mana aplikasi luaran. Sungguhpun
perkhidmatan Twitter sendiri adalah percuma, penggunaaannya melalui SMS boleh
dikenakan yuran telekom.
Wednesday, 1 April 2015
Pengenalan Wikipedia
Assalamualaikum,
Harini 1 April, saya
akan menerangkan Laman Web Wikipedia yang telah diterangkan oleh kawan saya
iaitu Syed Azri.
Laman web ini dilancarkan oleh Jimmy Wales dan Larry Sanger
pada 15 Januari 2001 oleh Jimmy Wales dan Larry Sanger. ia mempunyai perlbagai
maklumat, hasil dari kerjasama komuniti yang luas. Untuk mengubah sesetengah
artikel, seseorang itu memerlukan pengesahan dari pihak tertentu terlebih
dahulu untuk memastikan artikel yang diubah itu sah dan bukan vandalisme
semata-mata. Semua orang boleh mengubah sesuatu artikel demi kebaikan dengan
syarat ia adalah artikel yang sah dan mendapat pengesahan oleh pihak tertentu.Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia yang dikarang secara
usaha sama oleh para penggunanya. Ia merupakan sejenis laman khusus yang direka
untuk memudahkan kerjasama yang dipanggil sebagai sebuah wiki. Ramai pengguna
sentiasa memperbaiki Wikipedia, dan membuat perubahan yang dicatat dalam
sejarah rencana dan perubahan terkini. Untuk melihat satu projek yang terperinci,
sila lihat mengenai Wikipedia.
Subscribe to:
Posts (Atom)