Assalamualaikum,
Harini 6 April, saya akan menerangkan Laman Web Youtube yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Ain
Azreen.
YouTube ialah laman perkongsian video yang popular untuk
memuat naik, menonton dan berkongsi petikan video. YouTube kini menjadi satu
bentuk media baharu Web2.0 yang popular. Satu artikel terbaru di Wired
menyatakan bahawa sebanyak 65,000 video dimuat naik dan 100 juta video ditonton
setiap hari di YouTube (Godwin-Jones2007).
Kandungan YouTube boleh merangkumi animasi, rakaman acara
awam, rakaman peribadi rakan-rakan – hampir apa sahaja yang ingin disiarkan –
kecuali kandungan yang menyalahi undang-undang atau yang menjelikkan dan
berbentuk penghinaan. Rakaman video boleh berbentuk informasi, hiburan, pujukan
atau peribadi semata-mata. Sebagai satu aplikasi sosial yang semakin dikenali,
YouTube membolehkan pengguna menyiarkan dan memberikan tag kepada video,
menonton video yang disiarkan oleh orang lain, menyiarkan komen dalam bentuk
perbincanganberangkai, mencari kandungan melalui kata kunci atau kategori, serta membina dan menyertai kumpulan semasa.
YouTube boleh dihubungkan dengan aplikasi blog lain, dan ini memberi pengguna
satu cara pantas untuk membuat blog mengenai sesuatu video dan menyertakan
pautan kepadanya. Pengguna boleh membaca profil individu yang menyiarkan atau
memberikan komen kepada sesuatu video, menonton video kegemaran mereka dan
menghubungi individu tersebut.
No comments:
Post a Comment