Pages

Thursday 6 February 2014

CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN KOMPUTER PERIBADI

Assalamualaikum,


hari ini hari yg sungguh panas hehe biasalah hari jumaat :) penghulu sekalian hari , lagi2 pakai baju melayu kan :D hee , hari ini jugak kami semua blajar cara2 untuk menjaga keselamatan komputer peribadi :) , setiap komputer haruslah mempunyai perisian aanti-virus untuk menjaga keselamatan komputer kita :) bukan sahaja perisian , malah 'password' atau kata laluan juga banyak peranan bgi komputer kita untuk selamat .Sila lihat cara-cara atau langkah-langkah bgi memastikan komputer peribadi kata selamat , Antaranya ialah ;-




Cara-Cara Menjaga Keselamatan Komputer
  • Pencegahan Dari Jangkitan Virus- Untuk mengenal pasti virus, komputer memerlukan perisian anti-virus. Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian yang mempunyai virus dan memusnahkannya. Kita juga perlulah kerap mengimbas PC dari serangan Trojan, Virus, dan Sniffer. Jangan download email attachment yang belum discan ke dalam PC terutamanya yang mengandungi '.com, vb, dll, exe', di hujung nama fail berkenaan kerana itu semua adalah virus.
  • Fail Pengenalan Virus (Virus Signature File)- Kesemua perisian antivirus merujuk kepada pengkalan data yang menyimpan maklumat mengenai virus apabila memeriksa sesuatu fail yang dijangkiti. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita sentiasa "update" fail tersebut untuk mengesan virus-virus baru.
  • Menghalang password Cracker-
- Gunakan random password hasil daripada kombinasi nombor huruf kecil dan besar serta simbol.
- Gunakan semaksimum mungkin password yang dibenarkan.
- Sering menukar password sekurang-kurangnya sebulan sekali dalam LAN atau seminggu sekali dalam persekitaran internet.
- Jangan memberikan password kita kepada orang lain. Sebaiknya ingat password kita.
  • Gunakan Internet Firewall
- Merupakan perisian atau perkakasan yang membantu menghalang penggodam, virus, dan cacing (worms), daripada mengakses komputer anda.
- Firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan komputer.       

                                                   SETERUSNYA~

CARA-CARA KESELAMATAN PERKAKASAN :-


Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.
  • Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).
  • Untuk menjadikan bateri lebih tahan,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas.Hanya sambungkan kabel power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri.
  • Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)
  • Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
  • Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.
  • Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet.
  • Pastikan laptop anda diberikan rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).
  • Jangan meninggalkan laptop anda didalam kereta terutama di Pasaraya atau di kawasan letak kereta awam bagi mengelak kereta anda di Pecah dan laptop anda hilang
  • Sediakan Cable Lock sekiranya anda ingin meninggalkan laptop anda didalam bilik terutama kepada yang berada diasrama bagi mengelak kecurian





  • No comments:

    Post a Comment